Pra: Dah selalu sangat dengan kek ising, cream, keju kadangkala tekak nak juga yang semi modern taste. Puding selalu kita rasa, mak mak pun selalu buat, tapi sekarang punya puding dah banyak bid'ahnya... (innovation)
1. Mari berkenalan dengan Blue Berry Pudding Cake, atas dan tengah ada perisa blue berry, manakala bunga yang kiut miut tu ada campuran keju sket. bawah sekali kek spongebob ...acah jer, kek span.2. Yang masih dalam loyang tu tempahan orang, tema lots of luv!, teristimewa buat peminat rasa blueberry. Agak sukar membentuk shape bunga tampal tuh... sabar sabar dan sabar.. oh ya! lapisan kedua ada cream cheese dan dalam bunga tu
3. Disinilah keluarga pudding boleh pileyyy mana yang mahu. Selalu kalau nak jumpa dalam bulan Ramadhan saja, jadikan ia penyeri selera di atas meja adik kakak di hari jamuan anda, tak kisahla kenduri doa selamat ke, kenduri pegi haji, balik haji besday ...kenduri arwah pun ok jugak.
p/s. Sebarang tempahan adalah mengikut kesesuaian masa dan lokasi, ummi latifah beroperasi melalui talian wazzap di kawasan sekitar Johor Bahru. Hubungi 0193416093. Selamat berkenalan dan menjamu selera.










